Pages

Wednesday 30 October 2013

~~ Sinopsis - Jodoh Itu Milik Kita ~~

Dah lama nak upload mengenai cerita yang tengah top dan bakal berakhir tak lama lagi ni.. "Jodoh Itu Milik Kita". Cerita ni memang best dan lakonan pelakon-pelakonnya pun mantap belaka... Di bawah ni ada sinopsis versi novel dan drama :-

Sinopsis novel:
“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”
SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.
“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia
“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial
“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq
Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?
Sinopsi drama :

Dahlia Binti Darius:

Hidupnya berubah sekelip mata tatkala ditinggalkan bakal suami di hari penikahan dan menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenali.

Aariz Danial Bin Abdullah:
Tidak pernah dia menjangka dia akan menjadi suami kepada kekasih adiknya.

“Kita tidak dikahwinkan dengan seseorang atas sebab
jatuh cinta atau saling mencintai. Namun kita kahwin dengan jodoh kita.
Jodoh yang ditetapkan sejak azali.”Aariz dan Dahlia
Antara kasih abang dan kasih sebagai seorang suami.

Aariz terpaksa menawarkan dirinya tampil
di saat-saat akhir menggantikan adiknya pada hari perkahwinan Syafiq dan Dahlia.
Awalnya Dahlia tidak sanggup,tetapi mendengar nasihat ibunya, Dahlia akur. Konflik dalaman berlaku bila Syafiq kembali.. Syafiq pula menanam rasa ragu-ragu Dahlia pada Aariz. Ada satu rahsia yang tersimpan kemas Tuan Haikal-bapa angkat Aariz.. Apakah rahsia tersebut yang cuba disimpan kemas oleh Tuan Haikal?


Saturday 19 October 2013

~~ Favorite Song - Rindukanlah by Encik Mimpi ~~

Hari ni nak kongsi lagu yang tengah top jugaklah dalam carta lagu kat radio.. Lagu ni juga adalah lagu favorite saya.. Selalu dengar masa tengah jammed on the way nak balik rumah.. Pernah tanya kat hubby, "Lagu siapa ni ye?" Hubby jawab" Oh, ni lagu penyanyi Indonesia juga rasanya, tapi tak tau tajuk lagu". Huhu.. Macam tak betul je ni.. So, sebelum balik raya Aidiladha hari tu operasi mencari dan menjejak lagu ini diadakan.. hihi.. At last, terjumpalah lagu yang berjudul "Rindukanlah by Encik Mimpi.

Siapa pula Encik Mimpi ni.. tak pernah dengar pun.. Oh, rupa-rupanya Encik Mimpi ni adalah seorang penyanyi yang suka upload lagu nyanyiannya di Youtube macam Najwa Latif. Tapi, wajahnya masih dirahsiakan. Ok, ni video klip dan lirik lagu "Rindukanlah by Encik Mimpi". Video klip ni memang meruntun hati siapa yang mengalami situasi sebegitu. Memang sedih. Semoga terhibur...

Rindukanlah by Encik Mimpi

Lirik lagu Rindukanlah by Encik Mimpi

Ku Benar-Benar Sayang 
Pada Dirimu Oh Kasihku 
Janganlah Engkau Ragu 
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari 
Harapan Yang Kita Impikan.. 
Dari Terbitnya Sang Suria... 
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu 
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu 
Oh Janganlah Engkau Bersedih 
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku 
Sepanjang Hari-Harimu 
Sayangku 
Ku Adalah Milikmu 
Sayangku Ku Adalah 
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu 
Di Dalam Nafasmu 
Sepanjang Hari-harimu..


Dan KuIngin Cinta Sejatimu
Dan KuIngin Harapan Hatimu
Oh Janganlah Engkau Bersedih
Oh Jangan-Janganlah Kau
Bersedihkan Hatimu Kekasih
Rindu-Rindukanlah Diriku
Sepanjang Hari-Harimu
Sayangku
Ku Adalah Milikmu...


~~ GO GO HAPPY LIFE ~~ =)