Pages

Wednesday 30 October 2013

~~ Sinopsis - Jodoh Itu Milik Kita ~~

Dah lama nak upload mengenai cerita yang tengah top dan bakal berakhir tak lama lagi ni.. "Jodoh Itu Milik Kita". Cerita ni memang best dan lakonan pelakon-pelakonnya pun mantap belaka... Di bawah ni ada sinopsis versi novel dan drama :-

Sinopsis novel:
“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”
SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.
“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia
“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial
“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq
Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?
Sinopsi drama :

Dahlia Binti Darius:

Hidupnya berubah sekelip mata tatkala ditinggalkan bakal suami di hari penikahan dan menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenali.

Aariz Danial Bin Abdullah:
Tidak pernah dia menjangka dia akan menjadi suami kepada kekasih adiknya.

“Kita tidak dikahwinkan dengan seseorang atas sebab
jatuh cinta atau saling mencintai. Namun kita kahwin dengan jodoh kita.
Jodoh yang ditetapkan sejak azali.”Aariz dan Dahlia
Antara kasih abang dan kasih sebagai seorang suami.

Aariz terpaksa menawarkan dirinya tampil
di saat-saat akhir menggantikan adiknya pada hari perkahwinan Syafiq dan Dahlia.
Awalnya Dahlia tidak sanggup,tetapi mendengar nasihat ibunya, Dahlia akur. Konflik dalaman berlaku bila Syafiq kembali.. Syafiq pula menanam rasa ragu-ragu Dahlia pada Aariz. Ada satu rahsia yang tersimpan kemas Tuan Haikal-bapa angkat Aariz.. Apakah rahsia tersebut yang cuba disimpan kemas oleh Tuan Haikal?


Saturday 19 October 2013

~~ Favorite Song - Rindukanlah by Encik Mimpi ~~

Hari ni nak kongsi lagu yang tengah top jugaklah dalam carta lagu kat radio.. Lagu ni juga adalah lagu favorite saya.. Selalu dengar masa tengah jammed on the way nak balik rumah.. Pernah tanya kat hubby, "Lagu siapa ni ye?" Hubby jawab" Oh, ni lagu penyanyi Indonesia juga rasanya, tapi tak tau tajuk lagu". Huhu.. Macam tak betul je ni.. So, sebelum balik raya Aidiladha hari tu operasi mencari dan menjejak lagu ini diadakan.. hihi.. At last, terjumpalah lagu yang berjudul "Rindukanlah by Encik Mimpi.

Siapa pula Encik Mimpi ni.. tak pernah dengar pun.. Oh, rupa-rupanya Encik Mimpi ni adalah seorang penyanyi yang suka upload lagu nyanyiannya di Youtube macam Najwa Latif. Tapi, wajahnya masih dirahsiakan. Ok, ni video klip dan lirik lagu "Rindukanlah by Encik Mimpi". Video klip ni memang meruntun hati siapa yang mengalami situasi sebegitu. Memang sedih. Semoga terhibur...

Rindukanlah by Encik Mimpi

Lirik lagu Rindukanlah by Encik Mimpi

Ku Benar-Benar Sayang 
Pada Dirimu Oh Kasihku 
Janganlah Engkau Ragu 
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari 
Harapan Yang Kita Impikan.. 
Dari Terbitnya Sang Suria... 
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu 
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu 
Oh Janganlah Engkau Bersedih 
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku 
Sepanjang Hari-Harimu 
Sayangku 
Ku Adalah Milikmu 
Sayangku Ku Adalah 
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu 
Di Dalam Nafasmu 
Sepanjang Hari-harimu..


Dan KuIngin Cinta Sejatimu
Dan KuIngin Harapan Hatimu
Oh Janganlah Engkau Bersedih
Oh Jangan-Janganlah Kau
Bersedihkan Hatimu Kekasih
Rindu-Rindukanlah Diriku
Sepanjang Hari-Harimu
Sayangku
Ku Adalah Milikmu...


~~ GO GO HAPPY LIFE ~~ =)

Sunday 24 March 2013

One more song please... Ok.. ni lagi satu lagu yang daku dengar tapi masa drive alone hari ahad pula (24Mac2013).. Lagi best lagu ni.. dulu nyanyi past korus je.. kali i dengar sampai habis... memang best la lagu ni..lagu n lirik meruntun jiwa.. chewah... 


Lirik Lagu Sudah Cukup Sudah – Nirwana Band

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band

Best kan.. Dalam hidup kita ni.. janganlah suka menipu orang.. Berlakulah jujur pada diri sendiri dan pada orang lain terutama orang2 yang kita sayang.. Kalau dah tak sayang sekalipun, janganlah menipu.. tak baik lah.. berdosa.. Lagi 1.. kalau dah berjani.. perlulah kita tepati.. Jangan sampai dah terlambat baru nak menyesal.. huhu.. sedihkan.. 

~~ GO GO HAPPY LIFE! =) ~~

~~ Ahli Fiqir - Derita Merindu ~~

As Salam... lama dah tak mencoret kat sini.. Busy dengan aktiviti mengajar dan belajar... Hari tu, masa dalam perjalanan ke UPSI seorang diri, sempatlah menghayati lirik lagu Derita Merindu nyanyian Ahli Fiqir... Sangat dalam maksud nya.. Ni lirik lagu tu..


Lirik Lagu Derita Merindu -  Ahli Fiqir



L

Kau katakan cinta gunakan akal

Bila aku gunakan, kau yang menyangkal

Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya… bagaimana nak bahagia

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

L
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

P
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada, ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

L
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan…
Aku masih terkilan

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

L
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)

Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Ahli Fiqir - Derita Merindu





Hmmm... kalau dah namanya manusia.. manakan sama sepanjang masa.. pasti ada yang berubah punya.. Jadi, banyakkanlah bersabar dan muhasabah diri pada Allah S.W.T... 





~~ GO GO HAPPY LIFE! =) ~~

Thursday 7 February 2013

~~ SETIA HUJUNG NYAWA ~~ Episod 21 - akhir

Dah lama tak update blog sebab sibuk dengan tugas-tugas harian.. Ni nak update cte yang baru je tamat semalam.. Happy ending kan.. Terbaikkkk !!!

Setia Hujung Nyawa Episod 21

Setia Hujung Nyawa Episod 22

Setia Hujung Nyawa Episod 23

Setia Hujung Nyawa Episod 24

Setia Hujung Nyawa Episod 25

Setia Hujung Nyawa Episod 26

Setia Hujung Nyawa Episod 27

Setia Hujung Nyawa Episod 28 (Akhir)



~~ SELAMAT MENONTON ~~


~~ GO GO HAPPY LIFE =) ~~

Wednesday 23 January 2013

~~ MAULIDUR RASUL ~~

Salam Maulidur Rasul... 12 Rabiulawwal 1434 H bersamaan 24 Januari 2013...
Semoga hari ini kita semua dapat memperbanyakkan selawat ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W... 



Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalahnabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Muhammad bin Abdullah (Arab/Jawiمحمد بن عبد اللهdisebut [mʊħɑmmæd] (570 M-8 Jun 632 M)[1] merupakan nabi dan rasul yang terakhir bagi umat Islam.[2]Lebih dikenali sebagai Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab/Jawi: نبي محمد صلى الله عليه وسلم), baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam.[3] Muhammad dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi AdamNuhIbrahimMusaIsa dan nabi-nabi yang lain.[4][5][6][7]
Dilahirkan di MakkahSemenanjung Arab,[8][9] baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh datuknyaAbdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun). Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui malaikat Jibril ketika sedang berada di Gua Hira. Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah sememangnya satu cara hidup (الدين ad-Din) yang diterima Allah sahaja.

Detik-detik permergian Rasulullah

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya. 

Pagi itu.. Rasullullah dengan suara terbatas memberi khutbah terakhirnya.. 



Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.. " 
"Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan Sunnahku.., barang siapa mencintai sunnahku nererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku" 



Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasullullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.. 
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca... 
Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya... 
Usman menghela nafas panjang... 
Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam... 
Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.. 

" Rasullullah akan meninggalkan kita semua " keluh hati semua sahabat kala itu.. 

Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia ini.. tanda-tanda itu semakin kuat.. Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasullullah yang berkeadaan lemah dan goyang ketika turun dari mimbar.. Disaat itu, kalau mampu seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.. 
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasullullah masih tertutup... 
Sedang di dalamnya. Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya... 
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 

" Bolehkah saya masuk ? " Tanyanya... 

Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, " Maaflah , ayahku sedang demam " Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup daun pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternya sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 

" Siapakah itu wahai anakku ? " 
" Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya " tutur Fatimah lembut. 

Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang mengetarkan, seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 

" Ketahuilah , dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut " kata Rasulullah.. 

Fatimah pun menahan ledakkan tangisannya... 
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa jibril tidak ikut sama menyertainya.. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 

" Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah ? " Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.. 
" Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu " kata jibril 

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 

" Engkau tidak senang mendengar khabar ini ? " tanya Jibril lagi.. 
" Khabarkan kepadaku, bagaimana basib umatku kelak ? " 
" Jangan khuatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: " Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," Kata Jibril.. 

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas... Perlahan roh Rasulullah ditarik, Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, Urat-urat lehernya menegang. 

" Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini " perlahan Rasulullah mengadu... 

Fatimah terpejam...Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka... 

" Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril ? "Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu... 
" Siapakah Yang sanggup ,melihat kekasih Allah direnggut ajal " kata Jibril.. 

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahan lagi. 

" Ya Allah !! Dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku " 

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu.. 

Ali segera mendekatkan telinganya .. " Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku," peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu... 

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.. 
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan... 

" Ummatii.. Ummatii.. Ummatii... " Umatku.... Umatku... Umatku... 

Berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.. 

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaih.. 

Bertapa cintanya Rasulullah s.a.w kepada Ummatnya.... Banyakkanlah berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W... Selalulah kita mengingatinya kerana Baginda sentiasa mengingati ummatnya... =)


sumber: wikipedia


Friday 18 January 2013

~~ OST SETIA HUJUNG NYAWA - AdaMU (Najwa Latif) ~~

Sekarang ni, lagu AdaMu nyanyian Najwa Latif ni selalu kedengaran untuk menandakan bermulanya episod baru drama Setia Hujung Nyawa. Anak-anak pun dah biasa dengar kat taska sampai Darwisy pun dah boleh ikut nyanyi sikit-sikit.. Saya pun suka dengar bait-bait lagu yang sungguh menenangkan ni...

AdaMu - Najwa Latif

Lirik AdaMu - Najwa Latif

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Chorus:
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu

Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu


Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu


Lagu:Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik:Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)



Lagu AdaMu ini memang 'best'kan.. melodinya yang menenangkan dan lirik lagu yang punya maksud tersirat merupakan antara lagu berunsur ketuhanan kesukaan saya. Mesej yang disampaikan melalui lagu ini mengingatkan kita supaya sentiasa mengingati tuhan kita iaitu Allah S.WT.  Tidak kira dalam keadaan gembira mahupun duka, ingatlah pada Tuhan yang satu. Walaupun kita diuji dan diduga dengan pelbagai masalah juga cabaran yang berliku, jangan lupa yang kita punya Allah yang satu. Janganlah kita menggunakan sumber-sumber yang tidak elok sebagai penenang atau penyelesai masalah. Sebaliknya berdoalah supaya segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah.



~~ GO GO HAPPY LIFE =) ~~

Thursday 17 January 2013

~~ SETIA HUJUNG NYAWA ~~ (Episod 16-20)

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 16-20... Agak-agaknya apa yang terjadi ye... 

Setia Hujung Nyawa -Sedutan Episod 16

Memetik kata-kata Zain dalam episod ni: 
"Perempuan ni, kalau tak makan, takde isi, tak lawa, macam mayat hidup je..."
Pandangan saya:
Kalau tak makan, memang tak elok untuk kesihatan.
Kalau takde isi, memang nampak terlalu kurus la kan..
Kalau tak lawa, tak apa yang penting ada yang sudi menyayangi...
Tapi, Kalau terlebih isi dan lemak, cantik ke? menarik ke? Jangan nanti bila kurus cakap macam tulanglah, tak lawalah, dan bila dah berisi cakap gemuk pulak sudah la ye.. hehe..
Pada saya, pandangan orang lain tu boleh didengari tapi tak perlulah diikuti kalau kita rasa diri kita dah sempurna dan sihat. Orang-orang yang pandai mengkritik tu mungkin dia cemburu dengan apa yang kita ada dan dia pula tak ada.. Just my ten sen.. =)

Setia Hujung Nyawa Episod 16


Setia Hujung Nyawa Episod 17

Setia Hujung Nyawa Episod 18

Setia Hujung Nyawa Episod 19

Setia Hujung Nyawa Episod 20

Selamat Menonton!

~~ GO GO HAPPY LIFE =) ~~



~~ SETIA HUJUNG NYAWA ~~ (Episod 11-15)

Jom saksikan episod 11-15 pula drama SETIA HUJUNG NYAWA... =)

Setia Hujung Nyawa Episod 11 (part 1)

Setia Hujung Nyawa Episod 11 (part 2)

Setia Hujung Nyawa Episod 11 (part 3)

Setia Hujung Nyawa Episod 12 (part 1)

Setia Hujung Nyawa Episod 12 (part 2)

Setia Hujung Nyawa Episod 12 (part 3)

Setia Hujung Nyawa Episod 13

Setia Hujung Nyawa Episod 14 

Setia Hujung Nyawa Episod 15 (part 1)

Setia Hujung Nyawa Episod 15 (part 2)

Setia Hujung Nyawa Episod 15 (part 3)

Selamat Menonton!

~~ GO GO HAPPY LIFE =) ~~

~~ SETIA HUJUNG NYAWA ~~ (Episod 6-10)

Sambungan daripada post saya yang sebelum ni... Episod 6 - 10 (Drama Setia Hujung Nyawa). Lebih menarik, lebih menghiburkan... Lebih meruntun jiwa... =)

Setia Hujung Nyawa Episod 6

Setia Hujung Nyawa Episod 7

Setia Hujung Nyawa Episod 8

Setia Hujung Nyawa Episod 9 (part 1)

Setia Hujung Nyawa Episod 9 (part 2)

Setia Hujung Nyawa Episod 9 (part 3)

Setia Hujung Nyawa Episod 10 (part 1)

Setia Hujung Nyawa Episod 10 (part 2)

Setia Hujung Nyawa Episod 10 (part 3)


Selamat Menonton!

~~ GO GO HAPPY LIFE =) ~~