Pages

Friday 18 January 2013

~~ OST SETIA HUJUNG NYAWA - AdaMU (Najwa Latif) ~~

Sekarang ni, lagu AdaMu nyanyian Najwa Latif ni selalu kedengaran untuk menandakan bermulanya episod baru drama Setia Hujung Nyawa. Anak-anak pun dah biasa dengar kat taska sampai Darwisy pun dah boleh ikut nyanyi sikit-sikit.. Saya pun suka dengar bait-bait lagu yang sungguh menenangkan ni...

AdaMu - Najwa Latif

Lirik AdaMu - Najwa Latif

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Chorus:
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu

Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu


Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu


Lagu:Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik:Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)



Lagu AdaMu ini memang 'best'kan.. melodinya yang menenangkan dan lirik lagu yang punya maksud tersirat merupakan antara lagu berunsur ketuhanan kesukaan saya. Mesej yang disampaikan melalui lagu ini mengingatkan kita supaya sentiasa mengingati tuhan kita iaitu Allah S.WT.  Tidak kira dalam keadaan gembira mahupun duka, ingatlah pada Tuhan yang satu. Walaupun kita diuji dan diduga dengan pelbagai masalah juga cabaran yang berliku, jangan lupa yang kita punya Allah yang satu. Janganlah kita menggunakan sumber-sumber yang tidak elok sebagai penenang atau penyelesai masalah. Sebaliknya berdoalah supaya segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah.



~~ GO GO HAPPY LIFE =) ~~

No comments:

Post a Comment