Pages

Thursday 17 January 2013

~~Adam & Hawa ~~ My Favourite Movie


Adam dan Hawa merupakan cerita terhangat sepanjang penghujung tahun 2012 sehingga awal tahun 2013. Saya memang meminati hasil-hasil karya penulisan AISYA SOFEA yang pada saya digarap dengan baik. Pada yang masih belum tahu bagaimana kisah dan jalan cerita novel / drama bersiri ni, bacalah sinopsis di bawah ni ye...



Sinopsis Drama Adam dan Hawa
Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy.

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.

Timbul lah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.
Apakah kesudahan kisah cinta mereka?
~~TRAILER DRAMA ADAM dan HAWA~~

Drama bersiri 80 episod ini dibintangi pelakon utama iaitu Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama Adam Hawa ini ialah Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Shakila, Putri Sara, Anzalna Nasir, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Aznan, Lidyawati, Fazilah Mansor dan Aznah Hamid.


~~ EPISOD KEMUNCAK ADAM dan HAWA~~

Adam dan Hawa Eps 80-part 1

Adam dan Hawa Eps 80-part 2

Adam dan Hawa Eps 80-part 3

Adam dan Hawa Eps 80-part 4

Selamat menonton!
~~ GO GO HAPPY LIFE =) ~~

No comments:

Post a Comment