Pages

Friday 11 January 2013

Kelahiran AQIEL DARWISY dan ARIEQ RAYYAN

As Salam... Coretan lama mengenai saat kelahiran Darwisy telah hilang daripada blog ini atau mungkin saya sendiri telah memadamnya atas sebab tertentu. Walaubagaimanapun, untuk entri kali ini, ingin saya kongsikan gambar Darwisy dan Rayyan pada awal kelahiran mereka...

Aqiel Darwisy's 1st day born
Aqiel Darwisy's 1st day

Aqiel Darwisy telah selamat saya lahirkan pada hari Khamis, 12 November 2009 pada pukul 9.25am seberat 3.08kg di Hospital Selayang, Selangor.

Arieq Rayyan's 1st day born
Arieq Rayyan's 1st day

 Arieq Rayyan pula telah selamat saya lahirkan pada hari Selasa, 05 Julai 2011 pada pukul 10.49am seberat 3.08kg di hospital yang sama.

 Apa yang menariknya, kelahiran mereka berdua mempunyai beberapa persamaan iaitu :
  • berat = 3.08kg
  • kelahiran disambut oleh orang yang sama iaitu JM Nor Sahaila
  • dapat keluar wad pada hari ke-2.
Syukur kehadrat Ilahi kerana telah mengurniakan kami 2 orang anak lelaki yang baik-baik dan mudah dibentuk. Harap-harap untuk kehamilan yang seterusnya kami dikurniakan pula seorang atau sepasang puteri pula. =)

No comments:

Post a Comment