Pages

Sunday 13 January 2013

Flu oh Selesema...

Sekarang ni musim selesema ke ye.. Kesian betul bila tengok anak-anak menanggung sakit ni.. Hari tu Rayyan yang start selesema... Tapi, tengok gayanya macam pandai menghembus tak macam abangnya.. Bila suruh hembus.. mesti Darwisy sedut.. lepas Rayyan, berjangkit pula pada papa and Darwisy... Papanya macam dah ok pagi tadi.. Tinggal Darwisy tak sembuh lagi..

Ada ke petua nak cepat baik selesema ni ye.. erm..baru teringat... antara petua daripada my mum:

  • Ambil kunyit kering(biasanya kedai india yang jual), basahkan sikit dan gosok pada permukaan kasar seperti belakang pasu/lesung batu.. bila dah keluar air kunyit tu, sapukan pada batang hidung bayi dan lebih elok lagi jika kita berselawat 3 kali. Insyaallah cepat sembuh nanti.. 
Saya pernah buat masa Darwisy kecil dulu dan ternyata berkesan.. Sekarang ni tak tau mana nak cari kunyit kering..huhu.. kena minta tolong kawan sekerja tolong belikanlah nampaknya.. =)
Petua tu bukan sahaja boleh hilangkan selesema bayi tetapi sesiapa sahaja lah.. Ok, ni ada lagi petua yang boleh dikongsikan..:

Petua untuk hilangkan selesema bayi::
  • Atasinya dengan menumbuk dua biji bawang merah dan sedikit lengkuas. Letakkan dengan sedikit minyak masak. Kemudian sapukan di ubun-ubun bayi secara membulat.
Yang ni pula tips untuk hilangkan selesema orang dewasa:
  • minumlah air kosong yang banyak jika anda tidak mahu selsema anda melarat dengan lebih lama. jangan minum air suam dan jangan minum air sejuk. jika boleh panas sedikit lebih berkesan.
  •  cara ini anda hanya perlu cari gelas dan letakkan air panas di dalam gelas tersebut. lagi panas lagi bagus, seterusnya anda dekatkan dengan hidung anda gelas yang berisi air panas tersebut. tujuan gelas didekatkan dengan gelas berisi air panas adalah, anda hanya sedut stim air panas ke hidung anda. jangan pula letak air panas ke dalam hidung. cuma sedup stim menggunakan hidung anda.
  • jika anda tidak lewat balik dari kerja dalam keadaan selsema, adalah amat digalakkan untuk mandi petang dalam pukul 5 atau 6 petang dan elakkan mandi pada waktu malam. Mandi air yang sedikit panas untuk memberikan keselesaan seluruh badan.
  • berehatlah secukupnya dan kurangkan aktiviti yang terlalu berat.
  • banyakkan makan makanan yang ada vitamin C contohnya buah-buahan dan sayur-sayuran. jika tidak pandai makan sayur, makanlah buah-buahan pilihan anda. jika jenis yang tidak suka makan buah dan sayur, cuba pergi ke farmasi untuk mendapatkan Vitamin C dalam bentuk Pill. rasa pill tersebut tidak sepahit ubat yang lain. vitamin C tersebut rasanya seakan-akan gula-gula.
Ok, Selamat Mencuba.. Harap-harap sembuh la cepat Aqiel Darwisy ni.. Kalau tak asyik menangis jela dia.. kesian pulak tengok tecungap-cungap dan menangis.. huhu..

No comments:

Post a Comment