Pages

Monday 14 January 2013

PJJ @UPSI + CABARAN

Mac 2011 merupakan episod baru dalam hidupku kerana berjaya bergelar pelajar semula... Alhamdulillah.. permohonan untuk melanjutkan pelajaran telah diterima dan pendaftaran pun telah berlangsung dengan jayanya. hehe.. So, sekarang ni... banyak dah pekerjaan yang telah kugalas... Disamping pekerjaan sebagai guru, saya juga adalah seorang pelajar, isteri, ibu dan anak... =) Walaubagaimana penat sekalipun kehidupan setelah bergelar pelajar semula ni, namun tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjaya dalam kehidupan...

Januari 2013... Alhamdulillah... dah 2tahun saya mengharungi cabaran dan liku-liku hidup sebagai pelajar yang bekerja. Terima kasih tidak terhingga buat suamiku kerana selalu berada disampingku dalam membantu mengurangkan kerja-kerja di rumah.. Saat-saat terindah bila bergelar pelajar sekarang ni adalah time cuti semester.. hehe.. sebab time ni lah dapat berehat dan tidur secukupnya. Pernah timbul pelbagai masalah terutamanya pada penghujung 2012 iaitu semasa saya berada di semester 4. Masa tu memang tak larat dah rasanya nak menghadapi hari-hari tersebut... Bayangkanlah penghujung tahun tu kena siapkan PBS(Pentaksiran Berasaskan Sekolah), siapkan hal students n kelas, assignment nak kena submit pada lectrurer, nak uruskan hal rumah seperti memasak, mengemas dan sebagainya, ditambah pula anak-anak yang masih kecil yang memerlukan perhatian saya... Memang tak menang tangan dibuatnya. Kalau ada yang membantu meringankan tak apa juga... huhu...

Apa-apa pun semuanya telah berakhir dan harap-harap masalah seperti itu tidak timbul lagi. Semester 3 juga mencabar kerana adanya subjek jahitan.. sudahlah masa tu baru beberapa bulan selesai berpantang dan keadaan anak yang masih kecil.. Banyak betul dugaankan... Orang hanya melihat dan mendengar kemudian berkata.. "kesiannya"... "saya memahami keadaan awak" dan sebagainya... tetapi sebenarnya mereka tidak benar-benar faham kerana tidak berada di tempat saya... =)

Ini adalah sekadar luahan rasa saya dan tidak timbul soal untuk mempertikaikan apa yang telah tertulis dan tersurat... Bukankah meluahkan itu lebih baik daripada memendam... Apa-apa pun.. Harapan saya semoga tiada lagi masalah-masalah berat yang bakal timbul di kemudian hari. Jika ada, harap-harap saya dapat menanganinya dengan sabar.. Semoga Allah sentiasa bersama saya... Semoga suami dan anak-anak meringankan tugas saya... Amin... =)

No comments:

Post a Comment