Pages

Monday 14 January 2013

APDM ohhh APDM...

KEBOSANAN...

Itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan perasaanku saat ini...

KENAPA??

Apalagi... masalah sistem yang slow... Aplikasi Pangkalan Data Murid ataupun APDM... huhu.. Sudahlah masa yang diberi untuk mengisi maklumat pelajar ni singkat.. Kalau tak silap, 10 Jan 2013 sekolah keluarkan arahan untuk isi.. 'Due date' pula 15 Jan 2013.. Dah tentulah 'traffic' sesak.. Sampai berbelas ribu yang menggunakan aplikasi ini dalam satu masa... Ni baru je cek.. pengguna dah mencecah angka 42000... Kesianlah pada mereka yang belum siap masukkan data tu kan.. Nasib baik sebelum pukul 7.00am tadi 'traffic' tak sesak, hanya dalam lingkungan 3000 pengguna sahaja. Alhamdulillah.. selesai satu tugas...

Eh.. tu baru satu tugas.. Tugas yang perlu diselesaikan di luar waktu kerja... =(..  Lepas ni kena isi SSM (sistem maklumat murid) pula.. yang bendanya sama je tapi nak buat macam mana.. APDM dan SMM tidak disambungkan (link).. Jadi, kenalah isi semula data-data murid sampai boleh hafallah... huhu.. Harap-harap kalau SMM ni diteruskan, biarlah kedua-duanya dihubungkan supaya guru tidak membuat kerja yang sama berulang kali...

Harapan saya.. jika hendak menambah atau membuat perubahan terhadap sesuatu sistem, harap dapatlah dimansuhkan sistem yang lebih kurang sama. Sebagai contoh, APDM dan SMM adalah dua sistem untuk mengisi maklumat murid cuma data murid lebih banyak pada SMM. Kenapa perlu banyak sistem atau aplikasi untuk data yang sama? Lagi 1, Kad 001 yang telah digunapakai sejak sekian lama masih diteruskan sehingga kini. Itupun melibatkan data murid juga. Terdapat beberapa borang dan kad yang perlu diisi oleh ibubapa dan yang paling mendukacitakan adalah kerana data yang sama yang perlu ditulis. Contohnya, seperti borang APDM dan borang SMM.

Apa-apa pun.. ini hanyalah sekadar luahan rasa. Jika telah ditentukan tugasnya begitu, saya akan tetap laksanakan cuma berharap agar ada penambahbaikan kelak.. 

~~ GO GO HAPPY LIFE ! =) ~~


No comments:

Post a Comment