Pages

Thursday 6 February 2014

~~ Last day @ SMK Hillcrest, Gombak ~~

28 januari 2014 - tarikh yg bakal dikenang sampai bila-bila kerana merupakan hari terakhir berkhidmat di SMK Hillcrest, Gombak.

Terima kasih pada sahabat2 guru, staf2 dan para pelajar kerana sudi menerima diri ini sejak tahun 2009. Sedih memang terasa lagi2 dah 5tahun berkhidmat di situ. Tapi, keluarga harus diutamakan... Anak2 yg masih kecil perlu diberi perhatian dan suami juga perlu dijaga 😜.

Hubungan guru2 terutama guru2 sesi petang sangat akrab dan sudah menjadi seperti ahli keluarga sendiri. Antara gambar2 yang sempat dirakam pada hari Selasa itu...

 
 
 



Harapanku agar kalian tetap mengingati diri ini ye.. Pada kak Hafidah Hali dan kak Hazlina Buyong terutamanya.. jangan lupakan diri ini.. diri ini masih boleh mendengar dan menghiburkan kalian.. jangan segan2 nak kongsi cerita dengan Asz lagi ye.. 😊Buat Desiga, terima kasih untuk segalanya.. Akak akan rindu nk berborak dan kacau2 Desi.. 😊

Buat sahabat2 yg lain juga, Amira, Shida, kak Lela, kak Waty, kak Kay, kak Ferazah, kak Nazira, kak Norlina, kak Farah, Nadirah, kak Suharawati, kak Rina, kak Shikin, Masni, kak Faslina, kak Mas Ayu, kak Azimah, kak Sobihan, Aida, kak Shamim, Abiramy, Suliati, kak Salmah, kak Noraini MZ, kak Noraini M, dan lain-lain ye.. (x dpt nk igt semua nama)..kalian memang best.. doakan yg terbaik utk kalian dan doakanlah yg terbaik untuk diri ini ye.. 😚 I Love U ladies... 😚

Satu lagi gambar masa road run 2014...

Buat para pelajar SMKHC.. cikgu mohon maaf sekiranya sepanjang cikgu mengajar, ada menyakitkan hati, merotan, memarahi, menegur dsb. Cikgu tetap menyayangi kalian. Harapan cikgu agar kalian belajar rajin-rajin sehingga mendapat pekerjaan yang baik. Jangan berputus asa dalam hidup ye..πŸ’ž





No comments:

Post a Comment